Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerajaan Tidak Benarkan Pelarian Rohingya Cari Kerja Di Malaysia

24 Jun 2015






KUALA LUMPUR: Meskipun berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), namun ia bukan satu jaminan kepada pelarian Rohingya untuk bekerja di negara ini.

Menerusi persidangan Dewan Negara yang berlangsung hari ini, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd Muttalib berkata, ketetapan ini diambil bagi mengelakkan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memegang kad UNHCR tanpa kawalan.

"Kalau kita beri pertimbangan akan berlaku manipulasi pelarian UNHCR dengan kemasukan lebih ramai pelarian yang masih menunggu di sempadan. Kalau diberi hak bekerja, mereka akan mula menuntut hak lain termasuk pendidikan, perubatan, keluarga pada masa akan datang.

"Kita faham dan kita simpati dengan nasib menimpa pelarian, sebagai manusia tanggungjawab kita membantu tapi bukan dengan memberi pekerjaan," ujarnya.

Malah Akta Imigresen 1959/63 juga tidak membenarkan majikan menggaji pekerja asing tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Kata Ismail lagi, walaupun Akta Kerja 1955 melindungi semua pekerja, namun pada asasnya mana-mana pekerja yang mahu mendapatkan remedi berkenaan perlu digaji dengan sah. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "