Nazri Aziz Sarankan Nama Bistari Jaya Ditukarkan Kembali Kepada Batang Berjuntai
Menteri Kebudayaan dan Perlancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyarakan nama bandar Bestari Jaya ditukarkan kembali kepada nama asal bandar berkenaan iaitu Bandar Batang BErjuntai.
Memetik laporan SelangorKini, dia berkata demikian kerana nama Batang Berjuntai adalah simbol kepada warisan dan sejarah kepada kawasan berkenaan.
“Sebaik-baiknya tidak perlu tukar. Dari segi geografi akan hilang panduan. Saya sendiri tidak tahu di mana Bestari Jaya.
“Seperti nama ibu negara, Kuala Lumpur – terkenal ke seluruh dunia dan tiada siapa persoal,” katanya.
Beliau menambah pertukaran nama kepada Bestari Jaya sebleum ini telah dipersetujui Sultan Selangor selepas mendapat nasihat daripada Kerajaan Selangor sebagai pentadbir negeri.
“Itu (keputusan) kerajaan yang dahulu. Terpulanglah,” ujarnya.
Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2007 teleh membuat penjenamaan semula Batang Berjuntai kepada Bestari Jaya untuk mengelakkan nama baik pekan tersebut agar tidak disalah erti dengan tanggapan yang tidak senonoh. - Siakapkeli.my