Nazir Razak Nafi Bakal Tubuh Parti Politik Baru
Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak hari ini menafikan ura-ura yang mengatakan beliau bakal menubuhkan sebuah parti politik baru.
Melalui laporan dari Malaysian Insider, Nazir mengaku bahawa dia pernah berbincang dengan beberapa individu untuk menubuhkan NGO tetapi ianya masih lagi di peringkat idea.
Kenyataan ini seterusnya menafikan laporan dari portal tersebut.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan adik kepada Perdana Menteri itu sudah pun memulakan inisiatif untuk menubuhkan satu parti politik baharu. Laporan itu menjadi isu hangat di Malaysia sejak pagi tadi. - Siakapkeli.my