MERS : Angka Korban Cecah 14
SEOUL - KOREA SELATAN : Korban Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) di Korea Selatan kini sudah mencecah 14 orang.
Memetik laporan dari AFP, negara tersebut telah mencatatkan 12 kes baru termasuk seorang pemandu ambulans yang terlibat ketika menghantar seorang mangsa ke hospital.
Mangsa terbaru MERS adalah seorang wanita yang berusia 68 tahun yang dikatakan dijangkiti virus tersebut di Hospital Bandaraya Pyeongtaek.
Memetik laporan dari Kementerian Kesihatan di sini, kesemua yang meninggal kerana dijangkiti MERS mempunyai masalah kesihatan lain seperti hipertensi.
Mangsa MERS pertama di Korea Selatan dikesan pada 20 Mei lalu selepas mangsa pulang dari Arab Saudi. - Siakapkeli.my