Lelaki Terjun Ke Dalam Sungai Batalkan Niat Bunuh Diri Kerana Sungai Kotor
Zhejiang: Seorang lelaki berusia 48 tahun yang terjun ke dalam sungai untuk membunuh diri telah membuat keputusan membatalkan hasratnya itu kerana sungai terlalu kotor.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Liu memberitahu pihak polis bahawa dia abru sahaja mengalami kerugiaan yang amat besar dalam perniagaan menyebanbkan dia telah mengambil keputusan membunuh diri.
Di yang telah terjun ke dalam Sungai Yiwu membuat keputusan mambatalkan niat tersebut dan dia berasa kesal dengan keputusannya kerana air sungai itu terlalu kotor dan busuk sebelum berenang semula ke tebing.
Bagaimanapun dia tidak daapt berenang kembali ke tebing kerana arus sungai yang kuat kerana hujan lebat.
Kerana keadaan demikian, pihak penyelamat terpaksa datang menyelamatkannya. Arus kuat telah membawanya sehingga ke hulu sungai.
“Saya tidak jadi bunuh diri kerana air sungai itu busuk dan kotor. Saya juga tidak akan cuba lagi untuk bunuh diri.” katanya kepada pasukan perubatan. - Siakapkeli.my