Lagi Lamaran Untuk Kahwini Anak Obama
Nairobi (Kenya): Jika baru-baru ini anak Presiden Barrack Obama dilamar oleh seorang peguam, kini tampil pula seorang lelaki dari Kenya membuat perkara yang sama dengan hantaran haiwan yang lebih banyak.
Ole Kishau yang berasal dari wilayah Narok sanggup menyerahkan 500 lembu, iaitu 10 kali ganda lebih banyak dari peguam sebelum ini.
Bagi menunjukkan kesungguhannya, Kishau juga turut menamakan orang yang akan mewakilinya untuk tujuan meminang anak presiden AS itu.
“Untuk membuktikan saya serius, saya bersedia memberikan 500 lembu, malah lebih daripada itu. Saya juga sanggup menghantarnya dalam bentuk wang ke Amerika Syarikat. - Siakapkeli.my