Kru Kapal MT Orkim Harmony Yang Ditembak Berada Dalam Keadaan Stabil
Kota Bharu: Seorang kru kapal MT Orkim Harmony yang cedera kerana ditembak di bahagian peha kiri dilaporkan stabil.
Selepas diselamatkan, beliau, Mawit Matin, 46, yang merupakan tukang masak kapal berasal dari Indonesia telah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 10.15 pagi tadi untuk rawatan kecemasan.
Menurut Timbalan Pengarah Kanan Klinikal HUSM, Dr Nik Min Ahmad berkata, tukang masak berkenaan kini berada dalam keadaan stabil
"Pesakit berada dalam keadaan sedarkan diri dan dia me=asih menerima rawatan susulan dari hospital."
"Perkembangan lain akan dimaklumkan kemudian selepas mendapat kebenaran pihak keselamatan," katanya. - Siakapkeli.my