Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Diana Danielle Harap Peminat Tidak Lagi Bertanya Kontroversi Gaya Seksi Untuk Majalah Esquire

19 Jun 2015



Pelakon jelita, Diana Danielle yang pernah dikecam hebat netizens gara-gara tampil seksi dan menjolok mata dalam majalah Esquire sehingga kini enggan memberi sebarang reaksi terhadap isu itu.

Meskipun dikritik bahawa gaya tersebut amat tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu, Diana amat berharap agar tidak ada lagi pihak bertanyakannya lagi.

Malah dengan kehadiran bulan Ramadhan ini juga, isteri kepada pengarah Farid Kamil itu juga mahu menggunakan kesempatan untuk melipatgandakan ibadat dan amal bersama keluarganya.

"Maaf saya tidak akan komen apa-apa mengenai soal itu. Kita tidak akan terus bercakap soal ini. Sebabnya jawapan saya masih tetap sama iaitu tiada komen. Terima kasih kerana memahami keadaan saya.

"Ramadan adalah waktu yang baik untuk berehat sebentar dalam masa yang sama juga melakukan ibadah. Melihat kembali kekurangan diri dan memperbetulkannya. Saya percaya bulan ini memang kami sekeluarga akan banyak habiskan masa di rumah sahaja," kata Diana. -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "