Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kenyir Water Park, Tarikan Baru Untuk Gamit Pelancong Ke Negeri Terengganu

9 Jun 2015
No Comment


Nampaknya Terengganu telah menambah satu lagi aset pelancongan negeri tersebut dengan mewujudkan sebuah taman tema air yang sudah pasti akan menggamit lebih ramai pelancong ke negeri tersebut.

Pembinaan  Kenyir Water Park (KWP) yang menelan belanja kira-kira RM7.5 juta bukan sahaja menarik perhatian ramai pengunjung malah membuatkan kawasan Tasik kenyir menjadi begitu meriah kembali.

Difaham sejak hari pertama pembukaan taman tema air yang berlatar belakangkan keindahan Tasik Kenyir ini menerima tidak kurang dari 400 orang pengunjung sehari.




Pengunjung bukan sahaja berpeluang untuk menikmati suasana taman tema buatan ini, malah mereka juga dapat merasakan pengalaman mandi air Tasik Kenyir itu sendiri.

Taman tema ini dibina dalam sebidang tanah berkeluasan 2 hektar telah dibina satu fasa dan fasa kedua akan tambah dengan kawasan permainan dan kemudahan lain seperti surau, kawasan simpan barang, kafe makanan, serta ia akan membolehkan taman tema ini menampung lebih dari 600 orang pada satu masa.

Dalam fasa kedua juga mereka akan membina beberapa permainan baru seperti terowong air dan tempat penginapan untuk memudahkan pengunjung bermalam di sana.



Harga tiket cuma untuk memesuki Kenyir Waterpark ini amat berpatutan iaitu RM20 untuk dewasa, manakala RM10 bagi kanak-kanak termasuklah pengangkutan feri atau bot.

Bagaimanapun untuk permulaan hanya fasa pertama sahaja dibuka setiap hari kepada pengunjung dan sepanjang Ramadan ia akan ditutup untuk menaik taraf sebarang kemudahan yang dilihat tidak memuaskan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "