Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kapal Tangki Bawa Bawa 6,000 Metrik RON95 Hilang Tanpa Dikesan Di Perairan Tanjung Sedili

15 Jun 2015
No Comment


Kota Tinggi: Sebuah kapal tangki minyak yang berdaftar di negara ini,  MT Orkim Harmony yang membawa muatan kira-kira 6,000 metrik petrol RON95 dilaporkan telah hilang sejak semalam.

Memetik laporan Harian Merto, Kapal tersebut dilaporkan telah terputus hubungan pada 8.50 malam.

Pengarah Operasi Wilayah Selatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamed berkata, lokasi terakhir kapal berkenaan terpuitus hubungan adalah pada kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili.

"Laporan kehilangan kapal itu diperoleh daripada syarikatnya, Orkim Ship Management Sdn Bhd pada 6 pagi Jumaat lalu iaitu selang 10 jam selepas terputus hubungan.

"Kapal berkenaan membawa 22 anak kapal iatu 16 tempatan, 5 warga Indonesia dan seorang Myanmar.

"Kami belum menerima sebarang maklumat berkaitan kedudukan kapal itu hingga kini dan operasi giat dijalankan," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "