Foto: Berita Harian
KUALA LUMPUR: Puan Sri Noor Yvonne Abdullah, 68, yang merupakan isteri kepada tengku Razaleigh Hamzah telah meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, malam tadi.
Memetik laporan Harian metro, cucu saudara Allahyarham, Tengku Nazeehah Tengku Mahmud, 36, memberitahu bahawa Noor Yvonne atelah emnghidapi kanser darah dan telah menjali rawatan di pusat perubatan itu sejak sebulan lalu.
Jenazah telah tiba di kediamannya di Jalan Langgak Golf, Off Jalan Tun Razak di sini kira-kira 9.45 malam tadi.
Antara pemimpin yang menziarahi jenazah ialah Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. - Siakapkeli.my