RANAU: Pihak Polis Di Raja Malaysia sebentar tadi mengesahkan 17 orang masih hilang di mana dari 17 orang tersebut terdiri daripada 14 orang pendaki dan 3 orang Malim Gunung.
Ketua Polis Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, daripada jumlah 14 orang pendaki itu, tiga orang rakyat Malaysia telibat manakal bakinya selebihnya adalah lapan warga Singapura dan masing-masing seorang warga Jepun, Filipina dan China.
BACA: GEMPA BUMI: 16 Orang Pendaki MAsih Hilang Di Gunung Kinabalu - Bomba
"Setakat ini dua mangsa meninggal dunia yang ditemui semalam adalah Wee Ying Ping Peony, 12, pelajar Tanjong Katong Primary School dan Robbi Sapinggi, 30, malim gunung.
"Kedua-dua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat," katanya. - Siakapkeli.my