Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Indonesia Sahkan Sebuah Helikopter Awam Malaysia Ceroboh Sempadan Negara Mereka

30 Jun 2015
No Comment


Nunukan, Indonesia: Sekeping gambar yang menunjukkan sebuah pesawat awam milik Malaysia mendarat di wilayah Sibatik telah tersebar di laman sosial di negara tersebut.

Menurut seorang Komander Tentera Negara Indonesia (TNI),Kapten Suris Fiyanto, yang berada di Nunukan semalam, ia mengesahkan tentang kehadiran helikopter awam berkenaan dari Malaysia.

Beliau yang bertugas di pos sempadan di kampung Aji Kuning berkata pada mulanya helikopter itu dilihat berlegar di udara sebelum mendarat di satu pad pendaratan yang dikhaskan untuk helikopter tentera.

“Saya jelas melihat helikopter yang mendarat itu mempunyai nombor 9M-HM. Saya mengarahkan seorang anggota menghampiri helikopter itu untuk meminta juruterbangnya mematikan enjin.

“Bagaimanapun, juruterbang itu memberi isyarat supaya jangan rapat sebelum helikopter itu terbang semula dan menuju ke arah sempadan Malaysia,” katanya.

Menurut beliau pada pendaratan tersebut yang terletak di kampung Aji Kuning itu hanya dikhaskan kepada pesawat tentera yang membawa bekalana makanan sahaja di mana helikopter awam sama sekali tidak dibenarkan mendarat.

“Helikopter awam tidak boleh masuk ke sini tanpa kebenaran kegiatan ini menunjukkan pesawat itu telah menceroboh sempadan,” tegasnya.

Kehadiran helikopter tersebut tidak dapat disahkan kenapa tetapi ada satu laporan helikopter berkenaan membawa rombongan menteri dari Malaysia yang melawat satu kampung yang terletak berhampiran sempadan Indonesia. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "