SHENZEN: Tidak mahu anaknya merasa tersisih ketika sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, seorang ibu tunggal di China sanggup mengiklankan untuk menyewa seorang lelaki upahan untuk menjadi bapa sementara.
Ibu tersebut, Huang memberitahu anaknya, Xin Xin yang berusia 10 tahun merasa sedih apabila ada dikalangan rakan-rakan sekolahnya membawa ibu dan bapa masing-masing ke sambutan itu, apatah lagi ada aktiviti yang memerlukan penglibatan penjaga.
Huang dan suaminya sudah bercerai sejak beberapa tahun yang lalu dan dalam tempoh itu Xin Xin tidak pernah menemui bapanya.
Demi menggembirakan anaknya, Huang berusaha mencari bapa sementara untuk Xin Xin dengan memberikan beberapa syarat, termasuk telah berkahwin dan bekerja tetap.
"Lelaki tersebut akan dibayar sebanyak 500 Yuan (RM297) dan tugasnya adalah untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan bersama anak perempuannya.
"Dan jika dia bersetuju untuk menjadi bapa sementara kepada anaknya, dia boleh membawa anaknya itu bermain dan makan dengan segala kos akan ditanggung olehnya," katanya.
Huang menerima respon positif daripada iklan berkenaan, malah seorang lelaki dikenali sebagai Zhu dilihat sebagai calon bapa sementara yang sesuai.
"Saya akan melayan kanak-kanak itu seperti anak sendiri dan akan menghabiskan waktu bersamanya sepanjang hari," kata lelaki itu. -Siakapkeli.my