Harimau Terlepas Dari Zoo Baham Manusia Ditembak Mati
Tbilisi, Georgia: Seekor harimau putih yang terlepas dari zoo kerana banjir telah ditembak mati selepas haiwan karnovor berkenaan telah membunuh seorang lelaki.
Menurut Menteri Dalam Negeri Republik Georgia, Vakhtang Gomelauri berkata, harimau berkenaan yang terlepas dari zoo telah bersembunyi dalam kilang lama yang telah dijadikan pasar barangan binaan.
Semasa mangsa sedang melakukan kerja di pasar barangan berkenaan, ia telah diserang oleh harimau tersebut hingga cedera parah dan meninggal di hospital.
Menurutnya, komando polis dikejarkan ke tempat kejadian mereka terpaksa menembak mati harimau itu.
“Pada mulanya kami berhasrat menembak ubat pelali tetapi kerana harimau itu terlalu agresif kami terpaksa tembak dengan peluru hidup,” katanya.
Ibu kota bekas jajahan Soviet itu baru-baru ini telah dilanda banjir besar yang menyebabakan 19 orang mati dan 6 orang masih hilang.
Semua pendudukti beri amaran supaya tidak keluar daripada rumah kerana kira-kira 300 haiwan liar dari zoo berkenaan terlepas termasuk serigala, singa dan badak. Seekor lagi harimau, beruang dan hyena masih bebas.
Sehingga kini, pihak polis telah menembak mati lapan ekor haiwan dimana terdiri daripada enam ekor serigala, seekor singa dan harimau berkenaan. - Siakapkeli.my