GEMPA SABAH: JKR Sudah Kenal Pasti 20 Buah Bagunan Di Ranau Terjejas
Kementrian Kerja Raya Malaysia telah mengenalpasti 20 buah bagunan di Ranua terjejas akibat gempa bumi yang melanda daerah itu baru-baru ini.
Memetik laporan Harian metro, Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, 20 buah bagunan yang terjejas tersebut adalah terdiri daripada sekolah, hospital, masjid dan pejabat kerajaan.
Pihaknya kini masih menunggu laporan daripada pakar forensik jabatannya untuk mengenak pasti jika ada bagunan-bagunan lain yang turut terjejas.
"Kumpulan forensik juga membantu Kementerian Pendidikan membuat analisis keselamatan struktur bangunan sekolah di kawasan terjejas," katanya. - Siakapkeli.my