Hadi Awang Dan Lim Kit Siang Bertemu Semasa Melawat Kawasan Gempa Di Sabah
Walapun hubungan antara PAS-DAP sekarang dilihat begitu tegang, dua pemimpin utama parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang kebetulan bertemu di Kundasang, semalam semasa melawat kawasan gempa bumi.
Memetik laporan Malaysiakini, menurut seorang saksi, pertemuan tersebut berlaku ketika Lim sudah mahu beredar dari Kinabalu Park dan tiga buah pacuan empat roda telah sampai yang membawa Hadi.
Lim kemudiannya telah mendekati Hadi dan mereka berdua bersalam.
“Mereka berdua tidak bercakap apa-apa,” kata Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah Ginger Phoong.
Bagaimanapun kedua-dua pemimpin utama sekutu Pakatan Rakyat itu diliaht telah memabwa haluan masing-masing.
Hubungan antara PAS dan DAP dilihat semakin keruh selepas Muktamar PAS yang berakhir semalam telah sebulat suara menerima usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas. - Siakapkeli.my