Pagi tadi Ranau dikejutkan lagi dengan gegaran gempa bumi berukuran 4.0 pada skala Richter sekitar pukul 5.58 pagi.
Perkara ini disahkan oleh Jabatan Meteorologi dengan berkata gegaran hanya dirasai di kawasan Ranau.
Ini adalah gegaran ketiga berlaku dalam minggu ini dimana dua gempa bumi lemah telah dicatatkan berlaku di Ranau iaitu yang pertama berukuran 2.5 pada skala Richter pada pukul 11.51 pagi, diikuti gegaran kedua berukuran 3.4 pada skala Richter pada 6.12 petang.
Pada 5 Jun lalu, satu gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter telah mengegarkan Sabah di mana telah mengorbankan 18 orang, Ia juga telah mengubah struktur ikon Gunung Kinabali di man cabang "dongkey Ear' telah patah. - Siakapkeli.my