Inilah salah satu bahaya mendedahkan gambar kita di laman sosial apabila kejadian terbaru seorang wanita Muslim bertudung yang mendedahkan gambarnya di akaun Lilpink.info telah dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
Identiti wanita ini telah cuba dicuri dan seolah-olah cuba menjatuhkan martabat wanita Islam apabila akaun Instagram yang menggunakan nama ’Free Bleed’ telah mengaku wanita itu adalah admin bagi pemilik akaun tersebut.
Pada awalnya, akaun tersebut dilaporkan memuat naik gambar wanita tersebut dengan mesej tersendiri mengenai feminisme, seolah-olah akaun itu dimiliki oleh dari beliau sendiri.
Pemilik akaun ‘Free Bleed” dilihat telah memuatnaik bebarapa keping gambar yang kononnya memperjuangkan hak wanita untuk berhenti menggunakan tampon sebaliknya wanita seharusnya bangga dengan darah haid mereka.
Kemudian akaun tersebut berkongsi gambar makanan seperti 'pan cake' dan 'waffle' bersama ramuan yang kononnya diperbuat daripada darah haid untuk menarik perhatian netizen.
Bagaimanapun pemilik sebenar gambar tersebut melalui akaun Twitter @KaiDarul telah menafikan bahawa akaun ‘Free Bleed” miliknya.
These instagram accounts are obviously not me!!!! #freebleeding #freebleed whatever! pic.twitter.com/JpX8gGSNkA
— Kai Darul (@KaiDarul) June 1, 2015
Dia mengatakan tidak tahu dengan kewujudan akaun tersebut pada awalnya dan menyatakan bahawa akaun Instagram FreeBleed yang menampilkan gambarnya merupakan satu akaun palsu yang diwujudkan oleh individu yang tidak dikenali.Kerana kes kecurian identiti ini ramai netizens telah melahirkan rasa marah pada wanita ini dan ada yang mengugut mahu membunuhnya kerana menganggap memang dialah pemilik sebenar akaun tersebut.
Ada ramai netizens bukan Islam yang menyalahkan agama Islam kerana mengatakan tindakan wanita itu amat keterlaluan. Nampaknya motif pemilik akaun "Free Bleed" yang cuba memburukkan imej Islam hampir berjaya.
Tindakan ini bagi SK memang satu tindakan yang amat melampau kerana ini merupakan satu penganiayaan kepada orang lain yang tidak bersalah. Ia seolah-olah cuba menjatuhkan martabat wanita Islam di mata masyarakat. - Siakapkeli.my