Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mueller : MAS Secara Teknikalnya Sudah Muflis

1 Jun 2015


SEPANG: Syarikat penerbangan MAS secara teknikalnya sudah 'bankrap'. Itu kenyataan dari Ketua Pegawai Eksekutif MAS NewCo Christoph Mueller pada hari Isnin yang dipetik ketika beliau menyampaikan pelan strategik pemulihan syarikat tersebut.

Mueller berkata kenyataan tersebut berikutan peristiwa-peristiwa tragik yang melanda MAS pada tahun 2014 iaitu tragedi MH370 dan MH17.

Kita secara teknikalnya muflis dan prestasi yang merudum telah berlaku sebelum peristiwa tragik sepanjang tahun 2014,” kata Mueller memetik laporan dari Astro Awani.

MAS dibawah pimpinan Mueller mengambil tindakan berani dengan memberhentikan 20,000 pekerjanya yang mana 14,000 dari mereka telah diberikan surat tawaran kerja di syarikat baru.

Antara strategi Mueller untuk memulihkan semula MAS adalah dengan menggunakan jenama imej baru yang belum lagi didedahkan oleh beliau - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "