Bayi Baru Lahir Parah Selepas Digigit Anjing Peliharaan Keluarga
SYDNEY: Seorang bayi perempuan baru lahir terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dia telah mengalami cedera parah akiabt digigit anjing peliharaan kelaurganya.
Bayi berkenaan baru sahaja disusukan oleh ibunya, Jessica Graham, sebelum meletakkan dia kembali ke dalam buaian di hujung katil.
Tidak lama selepas itu, suaminya,Aaron Graham terdengar anak mereka menangis dan dia cuba melihat anaknya itu.
Alangkah terkejut beliau melihat bayi perempuannya itu sedang digigit oleh anjing peliharaan mereka jenis Alaskan Malamute.
Bayi malang itu dikejarkan ke hospital pada pukul 3.30 petang selepas ambulan datang ke rumah mereka dan keadaannya dilaporkan serius, tetapi kecederaannya itu tidak mengancam nyawa.
Menurut Penguasa Wayne Benson berkata bayi itu dalam keadaan serius tetapi stabil dan telah menjalani pembedahan.
"Apa yang diperlukan oleh anak kecil itu sekarang hanyalah doa dagar dia pulih sepenuhnya penuh," kata Supt Benson. - Siakapkeli.my