KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan memohon menjalani tahanan kediaman selepas mendakwa tahap kesihatannya semakin merosot.
Bagaimanapun dakwaan pasukan peguam Ketua Umum PKR bahawa Anwar dihalang daripada mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukannya adalah tidak benar.
Sebelum ini peguamnya, R. Sivarasa mendakwa kerajaan seolah-olah sengaja menzalimi Anwar.
Sedangkan pelbagai prosedur dan syarat perlu dipatuhi sebelum kebenaran diberikan kepada seseorang pesalah itu menjalani hukuman di kediaman sendiri. -Siakapkeli.my