Foto : Harian Metro |
Mayat tuannya, seorang lelaki berusia 40-an, ditemui dalam keadaan terlungkup di ladang kelapa sawit tersebut kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Menurut isteri si mati, tindakan anjing tersebut yang menyalak di rumah tuannya menyebabkan ahli keluarga si mati curiga sesuatu yang buruk berlaku keatas suaminya.
Anjing itu dikatakan pulang sendirian ke rumah kira-kira jam 4.30 pagi tadi selepas keluar bersama tuannya pada jam 4.30 petang semalam.
Mangsa dipercayai mati akibat serangan jantung.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenda Abdullah Roning mengesahkan kejadian ketika dihubungi. - Siakapkeli.my