Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

21 Mayat Mangsa Pemerdangan Manusia Selamat Dikebumikan Hari Ini

22 Jun 2015
No Comment


Alor Setar: 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang telah dijumpai di Bukit Burma, Wang Kelian, Perlis telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang, Pokok Sena hari ini.

Ia adalah sebahagian dari 106 mayat yang dijumpai untuk disempurnakan dahulu dalam fasa pertama dimana disahkan 21 jenazah itu terdiri daripada 19 jenazah lelaki dan 2 wanita.

Majlis pengebumian ini telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang penduduk setempat yang turut sama menyaksikan upacara pengebumian tersebut.

Kesemua mayat telah diuruskan oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) yang telah bermula pada jam 9.30 malam tadi sehingga 1.15 pagi ini dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia.

Sebelum itu, kesemua rangka mayat yang dijumpai telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah untuk tujuan autopsi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "