Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Kena Tipu, Beli Iphone 6 Dapat Biskut

11 Mei 2015
Biskut diterima Nor yang diletakkan dalam kotak iPhone 6. — Sinar Harian Online

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang membeli Iphone 6 terpakai melalui perniagaan atas talian terpaksa berputih mata apabila mendapat beberapa kepingan biskut di dalam bungkusan yang diterimanya.

Mangsa yang dikenali sebagai Nor, turut menanggung kerugian RM890.

Menurutnya, urusniaga itu dijalankan pada pertengahan April lalu apabila mahu membeli telefon bimbit berkenaan untuk dihadiahkan kepada anaknya.

Memetik Sinar Harian hari ini, Nor memberitahu peniaga itu dikenali sebagai Hafriz dan berasal daripada Terengganu.

"Pada awalnya si penjual meletakkan harga RM2,050 kemudian dia sendiri secara sukarela beri diskaun dengan harga RM1,890," katanya.

Apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan harga berkenaan, Nor memasukkan RM300 seperti yang diarahkan sebagai bayaran pendahuluan dan baki perlu dilunaskan apabila barang diterima.

"Semasa barang saya hendak dihantar, si penjual sekali lagi menghantar gambar bungkusan kononnya barang sudah dipos dan meminta saya memasukkan lagi RM590," ujarnya.

Selepas enam hari menunggu, Nor terkejut apabila bungkusan yang disangkanya Iphone 6 itu hanyalah beberapa keping biskut yang diletakkan di dalam kotak Iphone 6 itu.

"Hanya Allah SWT yang tahu perasaan saya bila melihat kepingan biskut di dalam kotak tersebut," kata Nor lagi.

Nor lantas bertanyakan hal itu kepada si penjual, namun sehingga kini tidak mendapat sebarang balasan meskipun laman web dan akaun Instagram yang diguna Hafriz masih aktif. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "