Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wan Azizah Terima Cadangan PR Sebagai Ketua Pembangkang

15 Mei 2015


KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau berlapang dada menerima cadangan PAS dan DAP untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.

“Secara konvensyen ia sepatutnya seseorang daripada DAP kerama mereka mempunyai kerusi terbanyak antara wakil Pakatan.

“Tetapi oleh kerana mereka membenarkan saya, saya akan terima,” katanya yang dipetik daripada Malaysiakini.

Jawatan Ketua Pembangkang kosong selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan selepas dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun apabila didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Shaiful Bukhari Azlan.

Wan Azizah dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat apabila sesi baharu bersambung, bermula Isnin ini.

Wan Azizah, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan ADUN Kajang itu pernah menjadi Ketua Pembangkang pada 2004 hingga 2008. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "