Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja 17 Tahun Dirogol Lelaki Bertopeng "Spiderman"

15 Mei 2015
No Comment


KUALA TERENGGANU: Seorang remaja yang sedang rehat di rumahnya bersendirian pada waktu tengahhari telah dirogol oleh seorang lelaki bertopeng ala-ala Spiderman di kediamannya di Kampung Bukit Guntung, Marang, Rabu lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut berlaku pada pukul 12 tengah ahri apabila dikatakan remaja berusia 17 tahun itu sedang nyenyak tidur di dalam biliknya sebelum terkejuit dengan kehadiran lelaki tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suspek tersebut bukan sahaja memakai topeng malah dia turun memakai sarung tangan semasa menekup mulut mangsa apabila menyedari akan kehadirannya.

“Suspek menekup mulut mangsa bagi mengelak dia menjerit, bagaimanapun dengan kudrat yang ada, mangsa cuba melawan untuk menyelamatkan dirinya.

“Namun, ketika itu juga suspek bertindak keluarkan pisau lipat lalu diacukan ke arah mangsa sebagai ugutan sekiranya mangsa masih berdegil mahu melawan sebelum merogolnya,” katanya di pejabatnya, semalam.

Selepas suspek melarikan diri mangsa terus cuba menghubungi ibunya tetapi tidak berjawab dan mengambil keputusan menghubungi kawan baiknya sebelum membuat leporan polis.

“Siasatan awal mendapati tiada tanda kediaman mangsa dipecah masuk suspek, namun siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti identiti serta bagaimana cara suspek menceroboh masuk rumah mangsa.

“Mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan susulan,” katanya.

Pihak polis sekarang giat mengenal pasti suspek .

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "