Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video : Polis Cabar Ah Long Bertarung, Marah Ganggu Kawasan

18 Mei 2015

Satu video berdurasi 42 saat yang memaparkan seorang anggota polis mengeluarkan kata-kata kasar kepada Ah Long menjadi viral di internet.

Di dalam klip video tersebut, seorang polis yang memakai kaca mata hitam dan uniform polis, memberi amaran kepada Ah Long supaya tidak menampal iklan servis mereka di kawasannya.

Polis berkenaan dilihat bersama seorang lelaki yang sedang memegang satu iklan pinjaman wang yang biasa dilihat ditampal di pokok-pokok dan tiang lampu.

"Saya tak mahu MCA complain, DAP complain, Menglembu ni penuh dengan sticker Ah Long"

"Ah Long- Ah Long, mari. Kalau berani, mari jumpa saya. Kita "cek chow, kita bertarung.", kata polis tersebut di dalam video berkenaan.

Menurut Oriental Daily, salah seorang dari wartawannya telah menelefon nombor yang tertulis di dalam iklan di video itu dan individu lelaki yang mengangkat panggilan itu mengatakan dia tidak bersalah dan menjalankan perniagaan yang sah.

Menurut individu terbabit, lelaki yang memegang iklan di dalam video itu adalah pekerjanya.

"Pekerja saya sedang menampal iklan ketika dia ditahan. Menurut apa yang saya diberitahu, salah satu parti politik mengadu kepada polis mengenai iklan-iklan ini di sekitar Cheras.

"Itu yang menyebabkan polis terbabit bertindak sedemikian", tambah lelaki itu lagi memetik laporan dari MalaysiaKini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Ipoh Sum Chang Keong berkata video itu dibuat oleh Ketua Balai Polis Menglembu, Chen Ah Kooy.

"Video itu dibuat oleh ketua balai polis Menglembu tanpa merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh", kata beliau dalam satu kenyataan.

Sum memuji inisiatif yang dibuat oleh Chen tetapi turut menambah dia sepatutnya lebih professional. Menurut Sum, Chen sepatutnya membuat video itu dengan lebih professional sambil menambah bahasa yang digunakan oleh Chen sebagai tidak sesuai.

Sum juga turut menyatakan situasi Ah Long di Menglembu adalah terkawal - Siakapkeli.my



Enraged by illegal loan shark ads, Menglembu police chief Chen Ah Kooy challenges loan sharks to "cek chow" (one-on-one fight).A 42-second video clip of him on a vitriolic rant against loan sharks is making waves on the Internet and instant messaging networks.Read more here: http://malaysiakini.com/news/298633 [FREE]
Posted by Malaysiakini on Sunday, 17 May 2015
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "