Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wan Azizah, Hasan Angkat Sumpah Wakil Rakyat Yang Baru

18 Mei 2015


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menyaksikan pelantikan dua Ahli Parlimen yang baharu, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Hasan Arifin.

Kedua-dua mereka mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Rompin di hadapan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada jam 10.05 pagi tadi.

Wan Azizah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baharu selepas suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan kerana didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun.


Manakala Arifin muncul sebagai wakil rakyat Rompin yang baharu adalah Datuk Hasan Arifin selepas penyandangnya, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis maut dalam satu nahas helikopter di Semenyih, awal April lalu. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "