Kebiasaannya, untuk mencabut gigi, doktor gigilah orang pertama yang akan kita cari. Tetapi sesetengah orang kita lebih gemar mencabut gigi dengan sendiri kerana mungkin takut untuk berjumpa doktor atau takut doktor akan terlebih 'advance' mencabut gigi lebih banyak dari sepatutnya.
Jika mencabut gigi dengan sendiri, banyak cara yang digunakan seperti playar, minta bantuan kawan, malah ada yang sanggup mengikat gigi di batang kayu kemudian menariknya sekuat mungkin.
Mungkin kesemua cara diatas biasa anda dengar, tetapi video kanak-kanak dari Montana ini mencabut giginya tersangat unik - dengan menggunakan busur dan anak panah. Apa yang menarik, cara ini nampaknya lebih cepat dan kurang menyakitkan. Saksikan.