Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Restoran Ditutup Kerana Saji Daging Manusia Sebagai Makanan

18 Mei 2015
No Comment

Nigeria - Sebuah restoran disini dilaporkan ditutup kerana dituduh menyajikan daging manusia kepada pelanggan.

Menurut BBC News Swahili, pelanggan di hotel restoran di Anmabra, Nigeria, melaporkan kepada polis terdapat ura-ura bahawa restoran itu menyajikan daging manusia kepada pelanggan.

BBC melaporkan polis telah menyerbu premis itu, dan mereka menjumpai kepala manusia masih dalam keadaan berdarah - disimpan di tempat simpanan - dan beberapa daging manusia sedang dimasak. Selain itu, polis juga turut menjumpai senjata api.

"Setiap kali saya ke ke pasar, saya sering terlihat aktiviti-aktiviti pelik berlaku di dalam hotel," kata salah seorang penduduk tempatan.

Penduduk itu juga menambah dia selalu melihat beberapa orang yang kelihatan kotor dan pelik selalu keluar masuk dari hotel itu, menjadikannya curiga dengan apa yang berlaku di sebalik tabir hotel tersebut dan tidak merasa hairan setelah perkara ini terdedah.

Seorang paderi yang baru-baru ini menjamu selera di hotel berkenaan telah memberitahu pihak berkuasa yang dia dikenakan bil sebanya 700 Naira - sekitar RM12.00 - yang mana dianggap satu jumlah duit yang banyak di negara itu.

"Pelayan itu perasan saya terkejut (dengan bil itu) dan memberitahu ada satu daging kecil yang telah saya makan yang membuatkan bil melambung tinggi", kata paderi tersebut.

"Saya tak tahu saya telah disajikan dengan daging manusia, dan ia mahal".

Polis telah menahan 10 orang yang terlibat dengan jenayah itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "