Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pembunuhan Altantuya : PM Minta Henti Dikaitkan

17 Mei 2015



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan kehairanannya mengapa Tun Mahathir Mohamed mengambil masa yang lama untuk membuat serangan tentang kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Najib membangkitkan hal itu melalui blognya di bahagian soalan lazim (FAQ).

Malah beliau menegaskan segala siasatan terhadap pembunuhan wanita Mongolia itu telah dijalankan mengikut prosedur perundangan, dan menyifatkan 'tidak adil' untuk menggesa kerajaan membuat siasatan semula.

"Jika mereka percaya (berhubung dakwaan penglibatan Najib) adalah benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya apabila isu itu meletus lapan tahun lalu? Kenapa sekarang?.

"Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa mengenainya. Mahkamah telah menentukan siapa yang bersalah atas pembunuhan itu. Hal itu harus menjadi pengakhiran cerita.

"Walaupun perbicaraan mahkamah dan penghakiman yang panjang, masa yang mencukupi diberikan kepada perayu untuk kes mereka didengar dan diadili, sumpah laknat saya,  penafian berulang saya telah dibuat, penjelasan umum yang disediakan oleh Razak Baginda, sesetengah orang terus mempersoalkan isu ini dan terus mencuba untuk mengaitkan saya," demikian tegas Najib.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu telah menjatuhkan hukuman mati terhadap dua anggota Unit Tindakan Khas polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar bersabit pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, sembilan tahun lalu. -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "