Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib Sangkal Tuduhan Kepimpinannya Lebih Teruk Dari Tun Abdullah Badawi

17 Mei 2015

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab tuduhan prestasinya memimpin UMNO lebih buruk jika dibandingkan dengan kempimpian Tun Abdullah Badawi.

Datuk Seri Najib menjawab tuduhan itu di dalam blog rasmi beliau.

"Barisan Nasional menang 11 negeri berbanding 9 negeri dalam Pilihan Raya Umum ke 12. Kita berjaya menawan semula Kedah, mengekalkan Terengganu dan mengukuhkan kedudukan di Perak."

Tambah Presiden UMNO itu lagi, UMNO turut menambah bilangan kerusi dalam PRU13 jika dibandingkan dengan PRU12. Najib juga menyatakan peningkatan itu kesan dari Program Transformasi Nasional yang sedang dilaksanakan beliau.

Sebelum ini, Tun Mahathir Mohamed membuat kenyataan bahawa kepimpinan Najib lebih buruk berbanding Tuan Abdullah Ahmad Badawi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "