Lelaki Pecah Rekod Dunia Apabila Tertangkap Belut Terbesar Dunia
DEVON - BRITAIN : Seorang nelayan secara tidak sengaja memecahkan rekod dunia apabila tertangkap seekor belut yang paling besar di dunia.
Memetik laporan dari metro.co.uk, belut gergasi itu terperangkap di dalam pukat nelayan tersebut. Belut itu berukuran 20 kaki dan mempunyai berat sebanyak 72.5 kg.
Rekod dunia belut terberat sebelum ini milik Vic Evan apabila menangkap belut seberat 60kg pada tahun 1995.
Menurut Pengurus Pusat Perkinan Plymouth, Pete Bromely, belut yang dikenali sebagai spesis Conger itu ditangkap dengan menggunakan pukat tunda oleh kapal nelayan.
“Ia telah ditangkap di persisiran Hope. Walaupun saiz dan kuasa mereka agak besar dan hebat, mereka bukan spesies ikan yang dapat berenang dengan pantas.
“Conger berpindah ke air yang sangat dalam dan mati selepas bertelur, jadi seperti semua Congers betina, ia terperangkap. Jadi ikan ini mungkin ikan betina,” katanya lagi memetik ulasan dari Sinar Harian. - Siakapkeli.my