Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video : Polis Bingung Bas Mini Dengan Hanya 6 Kerusi Boleh Bawa 51 Penumpang

17 Mei 2015


China - Seorang pemandu bas mini telah membuat satu rekod yang amat menakjubkan; walaupun salah dari segi undang-undang; setelah tertangkap oleh polis memuat 51 pekerja buruh di dalam sebuah bas mini yang hanya sepatutnya memuatkan enam orang penumpang.

Menurut laporan dari portal berita antarabangsa, The Independent, bas mini itu di tahan ketika polis menjalankan pemeriksaan rutin di jalan raya.

Menurut polis di Guizhou, mereka menahan bas mini terbabit setelah dilihat dipandu secara bahaya tetapi perlahan.

Setelah polis mula mendekati bas mini itu, mereka mendapati kenderaan itu membawa lebih dari enam penumpang.

Rakaman video dari pihak polis yang merakam detik penumpang bas mini itu diturunkan mendapati bas kecil itu dipadatkan dengan 51 orang pekerja buruh, termasuk pemandu dan penumpang di depan.

Menurut pemandu bas itu, dia berbuat sedemikian untuk menjimatkan masanya. Kini dia sedang menghadapi beberapa penalti dan mungkin dilarang dari memandu lagi. - Siapakeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "