Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

VIDEO: Pegawai Perhutanan Dan Orang Kampung Selamatkan Anak Gajah Jatuh Perigi

13 Mei 2015
No Comment


KERALA, INDIA: Orang ramai dengan kerjasama jabatan perhutana negara tersebut telah berjaya menyelamatkan nyawa seekor anak gajah liar yang telah jatuh di dalam sebuah perigi lama di dalam hutan di sini.

Anak gajah berusia dua tahun itu dipercayai telah berjalan di sempadan Hutan Range Kuttampuzha di Kerala dalam kawanannya tetapi secara tidak sengaja terlah tergelincir dan jatuh kedalam lubang setinggi 10 meteri itu.

Penduduk tempatan yang mendengar suara anak gajah itu telah bergegas mencarinya dan semasa menjumpai dilihat anak gajah yang keliru itu menguburkan kepalanya ke dalam lumpur dan cuba menggali keluar.

Selepas pegawai perhutanan dipanggil mereka telah membawa jentera pengorek untuk menyelamatkan anak gajah itu dengan menggali cerun di dinding telaga.

Apabila cerun menjadi cukup rendah untuk didaki orang kampung telah menarik untuk membantu anak gajah itu kelaur dari talaga itu.

Selepas berjaya naik dari telaga itu, haiwan tersebut telah melarikan diri kedalam hutan tetapi tidak diketahui sama ada ia telah bersatu semula dengan kumpulannya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "