Walaupun berbasikal, langkah berhati-hati dan peka dengan papan tanda dan lampu isyarat perlu sentiasa diutamakan apabila berada di jalan raya.
Terbaru, satu kemalangan antara basikal yang melanggar lampu merah seterusnya merempuh sebuah bas dirakam oleh sebuah motosikal yang secara kebetulan lalu di kawasan itu.
Lelaki berbasikal itu bagaimanapun selamat dalam kemalangan tesebut walaupun digelek oleh tayar bas tetapi sudah pasti selepas ini dia akan lebih peka dengan lampu isyarat.
Pengguna Youtube yang memuat naik video ini berkata "Saya tak rasa kasihan pun kepada lelaki ini. Tetapi, dia okey sahaja. Jika dia satu saat lebih awal, dah pasti dia akan maut". - Siakapkeli.my