Dipukul Oleh Lebih 20 Orang Kerana Dituduh Hantar Gambar Porno
DUNGUN: Seorang pekerja buruh berusia 23 tahun bernasib baik apabila terselamat setelah diserang oleh lebih dari 20 orang lelaki dan ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di Arena Square, dekat sini pada Jumaat lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata mangsa yang berasal dari Paka dituduh menghantar gambar pornografi melalui satu aplikasi web kepada seorang wanita.
Beliau berkata dua lelaki di atas motosikal memberhentikan mangsa berhampiran gerai makanan di Medan Selera Pantai Teluk Lipak dan membawanya ke Arena Square.
"Lelaki-lelaki terbabit mencekik mangsa dan menumbuknya beberapa kali sebelum menuduh mangsa menghantar gambar pornografi kepada seorang wanita". kata beliau.
Tambah Wan Abd Aziz lagi, 20 orang lelaki kemudiannya tampil di tempat kejadian dan menumbuk mangsa secara bergilir-gilir sehingga mangsa tidak sedarkan diri. Kumpulan itu kemudiannya menginggalkan mangsa begitu sahaja.
"Mangsa, yang kemudian sedarkan diri setelah disimbah air oleh orang ramai, membuat laporan polis mengenai insiden di Balai Polis Dungun pada jam 5.30 pagi. Dia kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Dungun pada hari yang sama", kata beliau.
Kini polis sedang giat mencari mereka yang terlibat dan kes diklasifikasikan sebagai membuat rusuhan di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my