Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

VIDEO & GAMBAR: Gara-gara Tidak Puas Hati Keputusan Pangadil, Penyokong Terengganu Merusuh

17 Mei 2015
No Comment


Kuala Terengganu: Gara tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil Mohd Amirul Izwan Yaacob dari Perak yang membatalkan jaringan Ahmad Nordin Alias selepas dikatakan offside.

Penyokong Terengganu telah betindak ganas apabila dikatakan merusuh di dalam dan luar stadium Gong Badak, di sini, malam tadi.


Dikatakan kerana kejadian itu, pihak Polis Simpanan persekutuan (FRU) telah cuba mengawal keadaan tetapi kira-kira 500 orang penyokong Terengganu telah membaling batu ke arah pihak FRU,

Kerana balingan batu itu, seorang anggota polis telah cedera dan sorang kanak-kanak cedera di kepala.

Kanak-kanak cedera terkena balingan objek Kredit foto: Harian metro


Mereka dikatakan bertindak demikian selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dengan Lions XII, yang tidak memihak kepada tuan rumah.

Kerana berang dengan keputusan pengadil yang dianggap berat sebelah, mereka telah mula membaling objek ke arah pengadil dan pegawai perlawanan.


Keadaan menjadi semakin tegang lagi keadaan ada penyokong telah bertindak merosakkan tempat duduk dan ada penyokong telah memukul anggota polis.

Pintu utama masuk stadium dipecahkan

Lebih memburukkan keadaan apabila ada penyokong yang telah mula menyalakan api dan mambakar stadium yang baru beroperasi semula tersebut selepas ditutup kerana masalah sruktur sebelum ini.






Memetik laporan  Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.

Sehingga 12.30 tengah malam tadi, kumpulan media yang membuat liputan masih terperangkap dalam kawasan stadium.


Selain itu, sekurang-kurangnya 500 penyokong tempatan dikatakan melontar batu ke arah anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU).

Pada 1.10 pagi, anggota FRU terpaksa melepaskan tembakan asap apabila penyokong semakin agresif dengan membaling batu dan mercun.

Menurut info orang ramai kerana tembakan bom asap berkenaan seorang lelaki dikatakan cedera selepas terkena penutup bom asap yang dilepaskan oleh pihak FRU .



Dari pemerhatian SK dilaman-laman sosial rata-rata penyokong Terengganu masih tidak dapat menerima keputusan pengadil Mohd Amirul Izwan kerana membatalkan goal saat akhir Nordin  yang kemungkinan dapat membantu Terengganu ke Final PialaFA.



Pada pertemuan semalam, Terengganu yang melayani kunjungan Lions XII menang 3-2 hasil jaringan Paulo Rangel pada m21 dan m45 dan Norshahrul Idlan Talaha di m-59.

Tapi, tiga jaringan itu yang ditambah bekalan satu gol pada pertemuan pertama di Singapura, masih belum cukup membawa Terenggenu ke perlawanan akhir.

Lions XII kan bertemu Kelantan di Final Piala FA di Bukit Jalil selepas Kelantan berjaya menundukkan Pahang 3-1 dengan agregat 3-2. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "