Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerajaan Kaji Definisi Rogol Demi Melindungi Kaum Wanita

17 Mei 2015



KUALA LUMPUR: Dalam usaha melindungi kaum wanita, terutamanya golongan remaja yang menjadi mangsa rogol, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil inisiatif untuk mengkaji dan meluaskan definisi rogol.

Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata penambahbaikan itu kelak akan merangkumi apa sahaja perbuatan memasukkan sebarang objek atau anggota tubuh selain zakar ke dalam faraj.

Bagi tujuan itu, kementerian kini mengadakan perbincangan bersama pegawai Kementerian Kesihatan sebelum pindaan kepada Kanun Keseksaan, terutamanya bagi Seksyen 375 dilakukan.

Rohani merujuk kepada kes seorang remaja di Sibu, Sarawak yang menjadi mangsa rogol sehingga melahirkan anak.

"Berikutan kes itu, kami akan percepatkan pelaksanaan cadangan pindaan ini untuk memastikan remaja perempuan yang menjadi mangsa dalam kes seperti itu mendapat lebih banyak perlindungan," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Khamis lalu, Mahkamah Rayuan di Sibu membebaskan Bunya Jalong yang berumur 60 tahun meskipun lelaki berkenaan membuat pengakuan merogol remaja yang berusia 14 tahun itu.

Keputusan mahkamah tersebut akhirnya mengundang bantahan ramai pihak atas ketidakadilan yang berlaku, apatah lagi DNA bayi remaja itu sepadan dengan DNA Bunya.

"Kementerian ini ingin merakamkan kekesalan tidak terhingga berhubung isu itu dan menggesa ibu bapa serta penjaga supaya lebih berwaspada," ujar Rohani.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui dasarnya akan mengambil kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa penderaan seksual untuk diberikan perlindungan sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Kanak-kanak 2011, yang mana hanya akan berkuasa jika perogol itu adalag bapa atau penjaga atau anggota keluarga, atau sekiranya keluarga atau penjaga mangsa rogol gagal memberikan perlindungan yang sewajarnya. 

"Tetapi, kes terbaru yang melibatkan remaja dari Sarawak ini berbeza kerana tertuduh adalah orang luar. Remaja itu mendapat perlindungan dan sokongan daripada keluarganya," katanya yang dipetik daripada The Malaysian Insider. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "