Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi Dan 100 Pengikutnya Dijatuhi Hukuman Mati

17 Mei 2015
No Comment


KEHERAH: Mahkamah Mesir Semalam (16/5/2015) telah menjatuhkan hukuman mati keatas bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan 100 pengikutnya yang merupakan pengikut Ikhwanul Muslimin selepas disabitkan kesalahan melakukan rusuhan besar-besaran di dalam penajra pada tahun 2011 lalu.

Morsi sekarang sedang menjalani hukuman penjara selama 20 tahun selepas rampasan kuasa oleh pihak tentera dibawah pimpinan Abdul Fattah Al-Sisi kerana didakwa mengarahkan penangkapan dan menyiksa penunjuk perasaan ketika berkuasa.

Selain itu, Mursi dan 35 terdakwa juga didakwa bersekongkol dengan kuasa asing iaitu Hamas dan Syiah Iran untuk melakukan kekacauan di Mesir.

Penyokong Morsi yang berada diluar mahkamah dan seluruh Mesir telah menyifatkan tuduhan yang dibuat terhadap beliau sebagai "melucukan".

Untuk menjatuhkan hukuman pihak berkuasa agama Mesir akan memberi pendapat sebelum hukuman dijatuhkan tetapi semalam lebih separuh agamawan tidak hadir semasa hukuman dibuat termasuk ulamak Besar iaitu Dr Yusuf Al Qaradawi.

Mohamed Morsi telah digulingkan oleh tentera pada Julai 2013 berikutan protes jalanan besar-besaran terhadap pemerintahannya.

Sejak rampasan kuasa itu, pihak tentera telah mengharamkan pertubuhan Ikhwan Muslimin dan menahan ribuan penyokongnya.

Beliau adalah presiden Pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat. Ia berusaha menerapkan hukum Islam selama kepemimpinannya tetapi ditentang oleh sekelompok rakyat yang tidak dapat menerima pelaksanaan Islam tersebut - Siakapkeli.my

Laporan berita dipetik CCTV News
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "