Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tan Sri Pandikar Amin Mulia Nafi Letak Jawatan Sebagai Speaker Dewan Rakyat

16 Mei 2015

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menafikan satu laporan di sebuah portal berita yang mendakwa bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu forum yang mengatakan Pandikar telah meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Menurut laporan oleh portal berkenaan, Tun Dr. Mahathir berkata sedemikian dalam satu forum di Ipoh hari ini dan mengatakan Pandikar telah berjumpa dengannya dan memaklumkan perletakan jawatan itu.

Tan Sri Pandikar , 59, berkata beliau akan menjalankan tugas seperti biasa bermula hari Isnin ini.

Saya akan mempengerusikan upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Rakyat bagi dua ahli baharu daripada Parlimen kawasan Rompin (Datuk Hasan Arifin) dan kawasan Permatang Pauh (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) serta urusan-urusan mesyuarat yang ditetapkan pada 18 Mei 2015 (Isnin ini),” katanya memetik dalam satu kenyataan hari ini.

Tan Sri Pandikar telah mengangkat sumpah sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada April 2008 menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "