Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

GAMBAR: Lapan Tahun Menanti Akhirnya Wanita Ini Dapat Hadiah Hari Ibu Paling Bermakna Selepas Lahir Anak Kembar Empat

16 Mei 2015
No Comment


Seorang wanita ternyata mendapat hadiah hari ibu paling bermakna dalam hidupnya sempena hari ibu ini apabila selepas menunggu lebih lapan tahun apabila beliau dikurniakan empat orang kembar.

Pasangan Tyson dan isterinya Ashley Gardner yang berasal Utah, Amerika Syarikat ini, telah mencuba pelbagai cara dan tahun lalu mereka telah membuat rawatan IVF dan akhirnya berjaya malah selepas mengandung beberapa bulan Ashley diberitahu yang dia bakal menimang kembar empat.

Apa yang menarik dengan kembar ini adalah mereka dilahirkan dengan dua set berlainan di mana dua telur Ashley yang disenyawakan terbahagi dua iaitu satu keadaan yang hanya berlaku satu dalam sejuta.

Pasangan kemabr ini dilahirkan awal dari tarikh sepatutnya 12 minggu tetapi mereka telah membesar dengan sihat.

 Mereka dinamakan Indie, Esme, Scarlett dan Evie.





Ashley di dalam Facebook rasminya A Miracle Unfolding-Gardner Quadruplets berkata ini adalah Hari Ibu yang paling hebat untuknya selepas lapan tahun bersedih kerana tidak dikurniakan anak.


Memang mengembirakan bagi mana-mana ibu pun di dunia ini jika diberi anak kembar empat seperti ini. Yang pasti mesti meriah rumah apabila anak-anak ini membesar. - Siakapkeli.my





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "