Dengan sekali lafaz Fahrin Ahmad dan pasangan Elina Hani Eleas telah sah bergelar suami isteri di dalam satu majlis yang diadakan dengan begitu meriah di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.
Sebelum ini ramai tertanya-tanya siapakah wanita bertuah yang dikatakan bakal menjadi teman hidup pelakon dan model ini dan hari ini semuanya telah terjawab.
Majlis perkahwinan tersebut sebenarnya telah ditayangkan secara lansung melalui Youtube tapi SK sudah mencuba link streaming tersebut tapi nampaknya gagal berfungsi.
Cinta Fahrin sebelum ini telah dirahsiakan kerana bagi mengelakkan berlaku fitnah atau bualan ramai.
Fahrin juga mengakui percintaannya dengan isterinya sebelum ini amat mencabar kerana mereka amat jarang berjumpa kerana enggan hubungn ini terdedah.
"Agak mencabar, tetapi kami bukan bercinta seperti pasangan lain. Sebaliknya kami jarang berjumpa. Saya rasa lebih baik cara itu,” katanya. - Siakapkeli.my
Kredit gambar dan video: HLive!