Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Vatican Secara Rasminya Telah Mengiktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

14 Mei 2015
No Comment


Vatican telah secara rasmi mengiktiraf  Palestin sebagai sebugai sebuah negara dalam satu perjanjian  bersama dengan Gereja Katolik di kawasan yang dikawal oleh Pihak Berkuasa Palestin.

Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Vatican semalam berkata teks perjanjian itu telah dimuktamadkan dan akan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkuasa masing-masing dalam masa terdekat.

"Perjanjian itu bertujuan untuk meningkatkan kehidupan dan aktiviti Gereja Katolik dan pengiktirafan di peringkat kehakiman", kata Monsignor Antoine Camilleri, timbalan menteri luar Vatican yang mengetuai delegasi dalam perbincangan tersebut.

Pegawai Vatican menegaskan bahawa walaupun perjanjian itu tidak penting ia sudah tentu satu pengiktirafan yang sudah pasti dialu-alukan oleh pihak pemerintah Palestin.

"Kami telah mengiktiraf  Negeri Palestin sejak ia telah diberi pengiktirafan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ia telah menyenaraikan Palestin dalam buku tahunan rasmi kami," kata Father Federico Lombardi.

Pada 29 November 2012, Perhimpunan Agung PBB menerima pakai resolusi mengiktiraf Palestin sebagai pemerhati bukan ahli tetap.

Ini disambut baik oleh pihak Vatican yang mempunyai status pemerhati sama bukan ahli di PBB.

Semasa lawatan tiga hari ke Timur Tengah tahun yang lalu, Paus Francis gembira Palestin memberikan sokongan kepada usaha mereka untuk pengiktirafan kenegaraan penuh.

Delegasi Palestin telah diketuai oleh Duta Rawan Sulaiman yang mewakili Menteri Luar Negeri.

Dalam temu bual dengan akhbar rasmi Vatican L'Osservatore Romano, Camilleri berkata beliau berharap perjanjian itu secara tidak langsung akan membantu Palestin dalam hubungannya dengan Israel.

Tindakan Vatican itu bagaimanapun telah menimbulkan kekecewaan bagi pihak Israel dengan mengatakan keputusan yang di buat oleh pihak Vatican itu telah mengganggu rundingan bilateral.

Dengan pengiktirafan tersebut Vatican kini telah menyertai banyak negara Eropah lain yang turut mengakui kedaulatan Palestin seperti England, Ireland, Sepanyol, Perancis dan Sweden. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "