Tiga anggota Bomba Terima Padah Selepas Ambil Gambar Selfie Ketika Dalam Operasi Menyelamat
Beijing: Padah mengambil gambar selfie ketika operasi menyelamat seorang budak hilang, dua anggota bomba dari bandar ini telah dipecat manakala seorang lagi menerima amaran keras.
Memetik laporan akhbar Xinhua, tindakan itu dikenakan selepas gambar mereka bertiga sedang berselfie kita operasi mencari itu tersebar di internet.
Menurut ketua balai bomba, Xinhua, "Kami berjanji perkara seperti ini tidaka akan terjadi lagi dan anggota bomba tersebut telah diambiltindakan. Kami mengalu-alukan pengawasan awam pada masa akan datang terhadap anggota kami," katanya.
Kegilaan selfie sekarang ini telah menjadi tajuk perdebatan hangat di seluruh dunia di mana budaya ini semakin merebak tidak kira waktu dan suasana.
Tidak terkecuali terjadi di Malaysia sendiri di mana pernah menjadi perbualan hangat dimana pernah terjadi ambil gambar di dalam kawasan kubur, gambar selfie dengan magsa kemalangan dan terbaru ambil gambar selfie semasa menerima ijazah di atas pentas. - Siakapkeli.my