Gas Ammonia Kilang Ais Bocor, 15 Penduduk Diarah Pindah
Manjung: Sebauh kilang ais lama di Jalan Pelantar, Pantai Remis telah mengalami kebocoran gas ammonia petang semalam menyebabkan 15 penduduk sekitar terpaksa dipindahkan.
Pasukan bomba akhirnya berjaya mengawal keadaan awal pagi ini. Kejadiandikatkaan berlaku pada pukul 3 petang semalam dan disedari oleh penduduk berhampiran kilang terbabit sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.
Komander Operasi Pasukan Unit Bahan Bahaya (HAZMAT) Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih, Ipoh, Shazlein Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.08 petang.
"Kebocoran berlaku pada dua paip di kilang terbabit selepas pekerja kontrak pembersihan kilang terbabit melakukan kerja penukaran paip yang sudah berkarat dan tidak digunakan.
"Dua paip yang mengalami kebocoran berjaya ditampal dan keadaan berada di dalam keadaan terkawal sebelum operasi ditamatkan 1.25 pagi tadi," katanya dipetik Harian Metro. - Siakapkeli.my