Dengan sekali lafaz, David McKenzie atau nama Islamnya Mohd Daud Mckienzie sah bergelar suami kepada Lana Nordin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin pada jam 10.35 pagi tadi.
Majlis pernikahan pasangan ini telah pun berlangsung kira-kira jam 10.30 pagi di Hotel Palace of The Golden Horses dengan dinikahkan Ustaz Mohd ramizi ramli selaku Pendaftar Perkahwinan Masjid Al Islah Serdang Raya dan berwalikan ayah Lana, Hasan Nodin Mohd Zaidi di Restoran Kim Ma di hotel tersebut.
Mas kahwin yang diterima oleh Lana daripada suaminya ialah USD10,000. Pihak pengantin wanita menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin lelaki.Wang hantaran dirahsiakan.
"Alhamdulillah. Saya kini sudah bergelar isteri. Fasa baharu buat saya dan dia. Kisah kami sama seperti bapanya sendiri yang bertemu jodoh dengan ibunya di Filipina. Saya pun tak pernah terfikir akan jatuh cinta dengannya dalam tempoh yang sangat pantas dan akhirnya kami ke jinjang pelamin. Enam bulan kenal kami serius untuk merencana masa depan. Selalunya kalau sebut mengenai kahwin campur ini orang cenderung fikir negatif.
"Jodoh saya kuat dengannya. Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan bertuah mengenalinya. Doa saya di depan Kaabah tahun lalu dimakbulkan. Dialah penyeri hidup saya kini. Dia juga berbesar hati dan terbuka untuk mempelajari agama Islam dan adat orang Melayu." jelas Lana dipetik BH Online.
Lana Nodin bakal mengikut suaminya yang merupakan seorang jurulatih dan pemain bola tampar Amerika Syarikat.
Tahniah SK ucapkan kepada pasangan mempelai ini, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan dirahmati. - Siakapkeli.my