Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seorang Ibu Dakwa Doktor Tertinggal Telefon Bimbit Di Dalam Perutnya Selepas Pembedahan

15 Mei 2015
No Comment


Seorang ibu mendakwa seorang pakar sakit puan dari Jordan telah tertinggal telefon bimbitnya di dalam perut beliau selepas melakukan pembedahan Caesarean pada bulan lepas.

Memetik laporan Metro.co, Ibu tersebut, Hanan Mahmoud Abdul Karim, 36,  telah menjalani pembedahan tersebut di sebuah hospital swasta di Jordan dan selamat melahirkan seorang bayi seberat 4.8 kilogram.

Tetapi beliau tidak menyangka kerana kecuaian doktor telah menjahit kembali dengan terdapat sebuah telefon bimbit di dalam abdomennya.

Beliau yang tidak menyedari kejadian tersebut telah dibenarkan oleh pihak hospital untuk pulang ke rumah.

Apabila balik ke rumah beliau terasa sesuatu sedang bergetar di dalam perutnya, keadaan lebih teruk apabila dia mula berasa sakit dan tidak dapat bergerak.


Ibunya, Majeda Abdul Hamid, memberitahu pemberita: "Anak perempuan saya mengalami sakit yang serius dan tidak boleh bergerak.

'Saya membawa dia kembali ke hospital di mana dia dirawat tetapi tiada apa-apa yang dilakukan untuknya.'

Mereka telah kembali ke hospital tersebut untuk pemeriksaan dan doktor memberitahu tidak ada sebarang komplikasi dalam perutnya.

Hanan kemudian dibawa ke hospital awam Al Bashir dan pakar perubatan di hospital itu telah melakukan pemeriksaan X-ray dan sungguh mengejutkan apabila mereka berjaya mengesan sebuah telefon bimbit di dalam badannya.

Kerana kejadian itu beliau telah menjalani satu lagi pembedahan untuk mengeluarkan telefon tersebut di hospital berkenaan.

Kes ini telah hangat diperkatakan sehingga di Parlimen Jordan, dan seorang ahli parlimen Salim Al Bataynah menggesa Menteri Kesihatan Jordan untuk meletakkan jawatan berikutan kejadian berkneaan yang dianggap memalukan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Jordan, Hatem Al Azrae, dilaporkan oleh Gulf News menolak tuntutan itu sebagai 'tidak berasas dan palsu. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "