Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seorang Pelajar Perempuan Di Shah Alam Disahkan Dijangkiti Virus Influenza A H1N1

8 Mei 2015
No Comment


SHAH ALAM: Seorang murid tahun dua dari Sekolah kebangsaan Seksyen 9 di sini telah disahkan dijangkiti Virus Influenza A H1N1 atau dikenali sebagai selsema babi selepas pulang dari luar negara.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Kesihatan Selangor Dr S. Balachandran dengan memberitahu  murid tersebut kini sedang dirawat di hospital swasta dan kes tersebut disifatkan tidak serius.

“Murid terbabit disahkan terkena jangkitan H1N1 namun kini kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan beberapa kaedah rawatan yang diperlukan bagi mengatasinya.

“Sekolah tersebut juga telah diberikan langkah-langkah penjagaan kesihatan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah,” katanya.

Setakat ini hanya seorang kanak-kanak itu sahaja dijangkiti virus tersebut kerana pihak kesihatan sudah menjalakan ujian saringan  keatas semua rakan kelas murid perempuan berkenaan dan disahkan bebas dari simptom virus tersebut.

Hasil pemeriksaan lanjut, adik mangsa yang berumur tiga tahun turut dijangkiti virus tersebut manakala ahli keluarga lain bebas dari jangkitan.. - Siakapkeli.my.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "